Kegunaan Sagenda

TERDAPAT BANYAK SEKALI!

Mempersembahkan sebuah penjadual janji temu atas talian percuma yang menawarkan backend yang fleksibel serta frontend mesra pengguna yang tiada tandingan. Kegunaan-kegunaan Sagenda boleh disuaikan kepada keperluan perniagaan anda dengan mudah dan cepat.

Buat Janji Temu

Gunakan penjadual janji temu atas talian percuma kami untuk penjadualan janji temu berasaskan web. “Sagenda” adalah pilihan yang sempurna untuk penjadualan bagi perniagaan kecil serta tempahan sewaan.

Penjadual perjumpaan atas talian percuma ini boleh digunakan oleh para doktor, pakar perubatan alternatif  dan perkhidmatan kesihatan lain untuk menguruskan pesakit mereka. Pada masa yang sama, ianya boleh disuaikan sebagai sebuah penjadual janji temu atas talian untuk perkhidmatan gaya hidup seperti spa dan salun.Setelah diintegrasikan ke laman web anda, penjadual janji temu atas talian ini menguruskan penjadualan pelanggan untuk semua perkhidmatan anda.

agenda can be fully booked, better use online booking services
using booking system is easier

Penjadual Perjumpaan Atas Talian yang Berkesan

“Sagenda”  adalah sebuah alat penjadual kalendar yang ringkas, meringankan kesulitan tempahan untuk anda dan juga pelanggan anda. Pelanggan hanya perlu memilih perkhidmatan dan tarikh/masa dalam kalendar penjadual janji temu atas talian percuma ini, serta anda boleh melihat dan mengesahkan/batal/menjadual semula permintaan tersebut, memastikan penjadualan kerja anda sentiasa tersusun. Tidak mengejutkan apabila ada perniagaan yang melaporkan peningkatan produktiviti sehingga 40% semasa menggunakan penjadual janji temu atas talian tersebut.

Penyesuaian Khas untuk Aktiviti Penjadualan

“Sagenda” boleh diubah suai dengan mudah bagi memenuhi keperluan perniagaan yang khusus. Penjadual janji temu atas talian percuma ini boleh digunakan untuk tempahan penginapan,sewaan alatan dan kereta, malah juga penjadualan liga atau kejohanan sukan.

Penjadual janji temu atas talian percuma ini didatangkan dengan beberapa ciri yang hebat:

  • makluman e-mel yang dikhususkan bagi setiap pelanggan pada setiap langkah
  • Kalendar pelbagai bahasa untuk capaian global

Dengan ciri sedemikian, alat menjadual kemudahan ini memberikan perniagaan anda suatu kelebihan mengatasi pesaing-pesaing anda.

reservation system on iPad