Boleh saya dapatkan penerangan umum?
Ya, sila baca : “Memperkenalkan Sagenda“.
Bagaimana sepatutnya saya tubuhkan akaun saya?
Sila tonton video ini :
Adakah saya perlu mewujudkan sebuah laman web baru untuk pesakit membuat tempahan janji temu bersama saya atas talian?
Tidak. Anda tidak memerlukan sebuah laman web baru yang berasingan; “Sagenda” boleh diintegrasikan ke mana-mana laman web, sebagai sebuah halaman baru atau ruangan baru. Penjadual janji temu atas talian ini serasi dengan sebarang jenis laman web yang menggunakan iframe atau modul khusus untuk CMS. Sila baca : “Bagaimana untuk menambah sebuah sistem tempahan ke laman web saya?”
Bagaimana pelanggan saya boleh mendapat tahu mengenai status permohonan tempahan beliau?
Penjadual janji temu atas talian ini menghantar e-mel kepada semua pihak yang terlibat pada setiap langkah tempahan, pengesahan, atau pembatalan.
Tetapi perkhidmatan yang saya tawarkan adalah sangat berbeza dengan yang ditawarkan oleh perniagaan lain.
Walau apa pun perkhidmatan anda, penjadual janji temu atas talian kami boleh dikonfigurasikan supaya ia boleh dipaparkan dengan mudah untuk pelanggan anda dalam bentuk senarai item. Cubalah!
Bagaimana jika saya mempunyai maklum balas untuk menambah baik sistem anda?
Hubungi kami SEKARANG! Penjadual janji temu atas talian kami sentiasa berkembang, dan maklum balas anda akan diambil kira pada setiap pembaharuan.
Bagaimana pula dengan kebolehsuaian dengan peranti saya?
Penjadual janji temu atas talian ini berfungsi pada PC, Mac, iPhone dan Android. Sama ada pelayar kegemaran anda adalah Firefox, Safari, Opera, Chrome mahupun Internet Explorer, anda akan mendapat persembahan terbaik daripada alatan tersebut.
Apakah itu Item Boleh Ditempah?
Item Boleh Ditempah mewakili perkhidmatan atau perniagaan yang tersedia kepada pelanggan untuk tempahan, sewaan, atau perkongsian atas talian. Untuk maklumat lanjut sila baca tutorial berkenaan Item Boleh Ditempah kami.
Bagaimana untuk menetapkan corak acara, jadual dan pengulangan?
Perkara ini boleh diselesaikan menggunakan “Corak Acara”. Untuk maklumat lanjut, sila baca tutorial mengenai Corak Acara.
Bagaimana untuk mengurus tempahan?
Setelah Item Boleh Ditempah dan Corak Acara disimpan, anda boleh menguruskan tempahan anda di Dashboard. Untuk maklumat lanjut sila baca tutorial mengenai Dashboard.
Bagaimana untuk mengkonfigurasikan akaun saya?
Untuk maklumat lanjut sila baca tutorial berkenaan Tetapan.