Tutorial Sagenda: Bagaimana Untuk Menetapkan Sistem Tempahan Penginapan

Apa?

Tutorial Sagenda ini akan menjelaskan kepada anda bagaimana untuk mengkonfigurasikan Sagenda untuk perniagaan sewaan bilik (Penginapan, tempahan hotel, sewaan kotej, dll).

Bagaimana?

Pertama, anda perlu mewujudkan dan mengaktifkan akaun Sagenda anda dan Log Masuk. (URL untuk mewujudkan akaun : https://sagenda.net/Accounts/Register)

Item Boleh Ditempah (Bookable Item)

Item Boleh Ditempah adalah elemen yang boleh ditempah, contohnya jika anda aktif dalam perniagaan hospitaliti dan anda memiliki sebuah Tempat Penginapan, perkara ini merujuk kepada semua bilik (atau apartmen, banglo) anda yang tersedia.

Oleh itu, di bawah “Item Boleh Ditempah/Tambah Item Boleh Ditempah” masukkan semua bilik anda satu demi satu. Nama bilik tersebut boleh berupa “Bilik 1” atau “Bilik Lita”. Lokasi adalah amat berguna jika anda mempunyai lebih dari satu bangunan/tingkat, dan ianya boleh ditanda seperti “Pavillon A, Tingkat 2, menghadap pantai” atau hanya masukkan alamat seperti “234 Main Street” dan gunakan ruangan Penerangan untuk memberi lebih maklumat berkenaan penginapan yang disediakan.

Corak Acara (Event Pattern)

Kini anda perlu menambah sekurang-kurangnya satu corak acara. Menu corak acara Sagenda membolehkan anda menambah sebuah corak pengurusan masa anda yang disusun khusus.

Oleh yang demikian, corak acara merujuk kepada tempoh penginapan minimum atau maksimum dan juga kekerapan pelanggan anda boleh menempah “Item Boleh Ditempah” anda. Jadi dalam hal ini, corak acara akan menunjukkan bilik anda yang tersedia.

Pilihkan yang berikut:

– Tajuk (title): masukkan sebuah deskripsi seperti “Sewaan Bilik”.

– Masa (time): kebanyakan penginapan ditempah berdasarkan hari, jadi sila pilih “Sepanjang hari (all day)”.

– Tempoh menginap (length of stay) (“Dari/from” dan “Hingga/to”): sila pilih hari pertama (hari ketibaan) yang sedia untuk tempahan. Dalam kebanyakan keadaan, anda boleh meletakkan ‘hari ini’ di dalam kedua-dua medan. Amaran: Tarikh yang dimasukkan bukanlah hari pertama dan terakhir di mana bilik anda boleh ditempah, anda boleh mengulangi proses tersebut pada bila-bila masa. Ini hanyalah tempoh masa minima yang boleh ditempah (1 hari).

– Tempoh Masa duration): tandakan “Ini adalah acara berulang(This is a recurring event)”.

– Ulang (Repeat): pilih “Harian(daily)”, kerana setiap bilik boleh ditempah setiap hari.

– Penyertaan dan Ahli (Participation and Members): ini membolehkan anda membenarkan lebih dari seorang pelanggan atau penguna menempah item yang sama, dalam kebanyakan keadaan anda tidak akan menggunakan ciri ini untuk tempahan bilik. Kecuali untuk kemungkinan asrama belia atau kabin, di mana pengguna perlu berkongsi bilik atau dorm yang sama.

– Item Boleh Ditempah: anda boleh memilih Item Boleh Ditempah yang tertakluk kepada acara ini. Jika semua bilik anda disewakan dengan cara yang sama, anda boleh memilih kesemuanya sekali.

Itu sahaja! Kini anda boleh berkongsi frontend anda dengan para pelanggan dengan cara:

  • menghantar pautan frontend tersebut kepada mereka;
  • atau masukkannya bersama sebuah iFrame;
  • atau pasangkannya di CMS anda dengan native plugin.

Lawati frontend Sagenda untuk mempelajari lagi berkenaan kegunaannya.

Kemudian?

– Tambahkan plugin Sagenda ke CMS WordPress anda: tambahkan sebuah plugin WordPress untuk mendapatkan sistem tempahan kami yang diintegrasikan teus ke laman web anda (WordPress native).

– Tambahkan Sagenda ke laman web Apple iWeb anda: tambahkan sebuah modul tempahan ke laman web Apple iWeb.

Perlukan lebih maklumat?

Lawati Soalan Lazim Sagenda atau beritahu kami dan kami akan menghubungi anda!