Polisi privasi ini menerangkan bagaimana “Iteration.info Sàrl” menggunakan dan melindungi sebarang maklumat yang anda berikan kepada “Iteration.info Sàrl” semasa anda menggunakan “https://www.sagenda.net” atau laman web “https://www.sagenda.net”.
“Iteration.info Sàrl” komited untuk memastikan privasi anda dilindungi. Sekiranya kami meminta anda untuk menyediakan sebarang maklumat yang dengannya anda boleh dikenalpasti  semasa anda menggunakan laman web ini, anda boleh meyakini bahawa ia hanya akan digunakan dengan tertakluk kepada kenyataan polisi privasi ini.
“Iteration.info Sàrl” mungkin mengubah polisi ini dari masa ke semasa dengan cara memperbaharui halaman ini. Anda perlulah memeriksa halaman ini secara berkala untuk memastikan anda bersetuju dengan sebarang perubahan pada terma. Polisi ini berkuatkuasa bermula 14 Januari 2014.

Apa yang pihak kami kumpulkan

Pihak kami mungkin mengumpulkan maklumat berikut:
• nama
• maklumat perhubungan termasuk alamat e-mel
• maklumat demografik seperti poskod, kegemaran dan minat
• lain-lain maklumat yang relevan kepada survey pelanggan dan/atau tawaran-tawaran
Apa yang pihak kami lakukan dengan maklumat yang dikumpulkan
Kami memerlukan maklumat ini untuk memahami keperluan anda dan menyediakan perkhidmatan yang lebih baik untuk anda, terutamanya atas tujuan-tujuan berikut:
• Menghantar makluman ke alamat e-mel anda.
• Simpanan rekod dalaman.
• Kami mungkin menggunakan maklumat tersebut untuk menambah baik produk dan perkhidmatan kami.
• Kami mungkin menghantar e-mel promosi secara berkala mengenai produk baharu, tawaran istimewa, atau sebarang maklumat lain yang pada hemat kami akan menarik minat anda menggunakan alamat e-mel yang anda berikan.
• Dari semasa ke semasa, kami mungkin menggunakan maklumat tersebut untuk menghubungi anda bagi tujuan kajian pemasaran. Kami mungkin menghubungi anda melalui e-mel, telefon, faks, atau surat-menyurat. Kami mungkin menggunakan maklumat tersebut untuk menyesuaikan laman web berdasarkan minat anda.

Keselamatan
Pihak kami komited untuk memastikan maklumat anda adalah selamat. Bagi mengelakkan akses atau pendedahan yang tidak dibenarkan, kami telah meletakkan prosedur-prosedur secara fizikal, elektronik dan pengurusan yang bersesuaian bagi menjaga dan melindungi maklumat yang kami kumpulkan secara atas talian.

Bagaimana pihak kami menggunakan kuki
Kuki ialah sejenis fail kecil yang memohon kebenaran untuk diletakkan di dalam cakera keras (hard disk) komputer anda. Sebaik sahaja anda bersetuju, fail itu akan diletakkan dan kuki tersebut membantu menganalisa trafik web atau memaklumkan kepada anda apabila anda melawati laman tertentu. Kuki membantu aplikasi web untuk bertindak balas kepada anda secara individu. Aplikasi web tersebut boleh mengatur operasinya bersesuaian dengan keperluan, kegemaran dan kejelikan anda dengan cara mengumpul dan mengingati maklumat berkenaan pilihan anda.
Kami gunakan kuki log trafik untuk mengenalpasti halaman yang sedang digunakan. Hal ini membantu kami menganalisis data mengenai trafik laman web dan menambah baik laman web kami untuk menyesuaikannya dengan keperluan pelanggan.
Secara keseluruhan, kuki membantu kami untuk menyediakan laman web yang lebih baik untuk anda, dengan cara membolehkan kami memantau halaman mana yang anda dapati berguna dan sebaliknya. Suatu kuki tidak sekali-kali memberikan kami ruang untuk mengakses komputer anda atau sebarang maklumat tentang anda, selain daripada data yang anda pilih untuk kongsikan dengan pihak kami.
Anda boleh memilih untuk menerima atau menolak kuki. Kebanyakan pelayar web akan menerima kuki secara automatik, tetapi kebiasaannya anda boleh mengubah tetapan pelayar anda untuk menolak kuki jika anda memilih untuk berbuat demikian. Tindakan ini mungkin menghalang anda dari mendapat manfaat sepenuhnya dari laman web ini.
Pautan ke laman web lain
Laman web kami mungkin mengandungi pautan ke laman web lain yang berkenaan. Namun, sebaik sahaja anda menggunakan pautan tersebut untuk meninggalkan laman web kami, sila maklum bahawa kami tidak mempunyai sebarang kawalan terhadap laman web lain tersebut. Oleh itu, kami tidak boleh bertanggungjawab terhadap perlindungan dan privasi bagi sebarang maklumat yang anda berikan semasa melawati laman sedemikian serta laman tersebut tidak tertakluk kepada kenyataan privasi ini. Anda sewajarnya berhati-hati dan melihat kenyataan privasi yang terpakai di laman web tersebut.

Mengawal maklumat peribadi anda
Anda boleh memilih untuk mengehadkan pengumpulan atau penggunaan maklumat peribadi anda dengan cara-cara berikut:
• pada bila-bila masa yang anda diminta untuk mengisi borang di laman web ini, perhatikan sebuah kotak yang anda boleh tandakan untuk menyatakan bahawa anda tidak mahu maklumat tersebut digunakan oleh sesiapa pun untuk tujuan pemasaran langsung.
• Jika sebelumnya anda telah memberi persetujuan kepada kami untuk menggunakan maklumat peribadi anda untuk tujuan pemasaran langsung, anda boleh mengubah pilihan anda pada bila-bila masa dengan cara menghubungi kami di http://www.iteration.info/#contact-2
Pihak kami tidak akan menjual, mengedarkan atau menyewakan maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga melainkan kami telah mendapatkan kebenaran anda atau kami dikehendaki oleh undang-undang untuk berbuat demikian. Kami mungkin menggunakan maklumat peribadi anda untuk menghantar maklumat promosi mengenai pihak ketiga yang pada penilaian kami mungkin menarik minat anda sekiranya anda memaklumkan kepada kami bahawa anda mahu kami berbuat demikian.
Anda boleh meminta perincian maklumat peribadi yang kami simpan mengenai anda di bawah Akta Perlindungan Maklumat  1998. Sejumlah kecil pembayaran akan dikenakan. Jika anda ingin mendapatkan salinan maklumat yang disimpan mengenai anda, sila hantarkan surat ke “Iteration.info Sàrl, Route des Longs-Prés 23, CH-3960 Sierre”, Switzerland.
Jika anda meyakini bahawa maklumat yang kami ada berkenaan anda adalah tidak benar atau tidak lengkap, sila hubungi atau e-mel kepada kami secepat mungkin di alamat di atas. Kami akan segera membuat pembetulan pada sebarang maklumat yang anda dapati tidak benar.