Corak Acara Sagenda: Bilakah Perkhidmatan Anda Tersedia Untuk Pelanggan?
Corak Acara
Corak Acara menjelaskan ketersediaan perkhidmatan anda ketika suatu tempoh masa yang tertentu. Corak acara Sagenda sentiasa berkait dengan sebuah Item Boleh Ditempah atau pada senarai Item Boleh Ditempah. Sebuah corak acara merujuk kepada julat masa ketika mana perkhidmatan yang telah anda masukkan sebagai Item Boleh Ditempah tersedia untuk kegunaan pelanggan anda. Apabila pelanggan anda membuat carian berkenaan perkhidmatan dan ketersediaan anda, hasil carian itu akan menunjukkan tarikh-tarikh yang boleh ditempah berdasarkan kepada tempahan-tempahan secara keseluruhan dan batasan perkhidmatan anda.
Senarai Corak Acara
Sepertimana Item Boleh Ditempah, anda boleh juga menetapkan senarai acara yang pelbagai berdasarkan kepada senarai Item boleh Ditempah anda, dan mencerminkan ketersediaan perkhidmatan-perkhidmatan anda kepada pelanggan berpotensi.
Tambah Corak Acara
Log masuk ke dashboard Sagenda, klik pada Corak Acara(Event Pattern) dan pilih Tambah Corak Acara(Add Event Pattern) daripada menu drop down sebelah kiri untuk memilih ketersediaan (availability) perkhidmatan anda.
- Tajuk (Title): pilih sebuah tajuk yang menjelaskan sepenuhnya sifat item boleh ditempah anda (seperti tempahan bilik, penyertaan konsert atau yuran penyertaan kolam renang, dsb.)
- Tarikh dan Masa (Date and Time): menjelaskan tarikh dan masa untuk perkhidmatan anda. Sebuah perkhidmatan mungkin boleh ditempah untuk sepanjang hari, dua hari, atau hanya beberapa jam sehari, atau selama suatu tempoh masa berdasarkan kepada jadual tertentu.
- Jadual (Schedule): menjelaskan slot masa ketika mana perkhidmatan anda boleh ditempah.
- Acara Berulang (Recurring Event): tandakan kotak tersebut jika perkhidmatan anda tersedia secara berulang. Contohnya, penyertaan konsert tertentu mungkin tersedia untuk sekali sahaja, manakala tempahan bilik mungkin boleh dibuat untuk sepanjang tahun atau hanya semasa musim sejuk.
- Tempahan dan Pengguna Pelbagai (Multiple Booking and User): tandakan kotak tersebut jika perkhidmatan anda tersedia untuk lebih dari seorang. Contohnya, tempat penginapan, tapak perkhemahan atau hotel mempunyai dorm yang boleh memuatkan beberapa orang tetamu pada masa yang sama. Penyertaan konsert juga terbuka untuk lebih dari seorang pengguna. Sistem tersebut akan meminta anda menetapkan jumlah maksimum pengguna atau tempahan yang boleh dibuat berdasarkan kepada perkhidmatan anda.
- Item Boleh Ditempah (Bookable Item): pilih Item Boleh Ditempah atau Senarai Item Boleh Ditempah yang terkait dengan Acara tersebut untuk menetapkan ketersediaan perkhidmatan atau perniagaan anda. Corak tersebut mungkin terpakai untuk perkhidmatan tertentu atau keseluruhan perniagaan anda.