Dashboard Sagenda: Bagaimana Untuk Menguruskan Pelanggan Anda

Dashboard

Daftar atau log masuk ke akaun anda.  Dashboard Sagenda  anda menawarkan sudut pandang keseluruhan berkenaan Item Boleh Ditempah, Acara, tempahan sedia ada dan juga tetapan akaun anda. Anda juga boleh menambahkan  Acara dan Item Boleh Ditempah yang baru.

sagenda dashboard booking element to review
booking between selection

Tempahan Backend

Tempahan Backend Sagenda membolehkan anda membuat carian melalui tempahan pelanggan anda yang sedia ada.

  • Paparkan Acara Antara (Display Events Between) : pilih julat masa ketika mana pelanggan anda telah menghantar tempahan atas talian;
  • Item Boleh Ditempah (Bookable Item) : pilih item boleh ditempah atau perkhidmatan yang telah ditempah;
  • Status: pilih status perkhidmatan yang telah dipilih. Ianya boleh memaparkan ketersediaan perkhidmatan anda, item yang ditempah, serta tempahan yang sedang dibuat.

Tempahan Frontend

Tempahan Frontend Sagenda memberikan sebuah pandangan awal berkenaan bagaimana pelanggan anda akan melihat sistem tempahan tersebut dari luar. Ia juga mencerminkan ketersediaan perkhidmatan anda berdasarkan tetapan anda sendiri (Item Boleh Ditempah dan senarai Acara), serta menunjukkan status tempahan pelanggan sedia ada atau tempahan yang sedang dibuat. Adakah anda mahu mendapatkan lebih banyak maklumat berkenaan dashboard Sagenda? Lawati tutorial kami dan pelajari bagaimana untuk mengintegrasikan Sagenda ke WordPress atau HTML.