Item Boleh Ditempah Sagenda: Apa Yang Boleh Pelanggan Anda Tempah?

Item Boleh Ditempah (Bookable Items)

Item Boleh Ditempah mewakili perkhidmatan atau perniagaan yang tersedia kepada pelanggan untuk tempahan, sewaan, atau perkongsian atas talian. Bergantung kepada jenis perniagaan yang anda tawarkan kepada pelanggan, Item Boleh Ditempah mungkin merujuk kepada tempahan hotel; tempat, penyertaan konsert atau persidangan; janji temu perubatan; sewaan alatan sukan atau kereta, dll. Anda mestilah mewujudkan sekurang-kurangnya satu Item Boleh Ditempah untuk mengaktifkannya.

item yang boleh ditempah
element untuk ditempah secara atas talian

Senarai Item Boleh Ditempah

Misalkan perniagaan adalah sangat meluas. Anda mungkin mahu menetapkan beberapa senarai Item Boleh Ditempah: satu untuk perniagaan sewaan kereta anda, satu lagi untuk tempahan rumah tetamu anda, dan satu lagi untuk perkhidmatan sewaan alatan sukan. Anda juga mungkin mahu menonton tutorial kami dan pelajari bagaimana untuk menetapkan Sagenda untuk Penginapan.

Tambah Item Boleh Ditempah

Anda boleh menambah Item Boleh Ditempah pada bila-bila masa yang anda pilih. Log masuk ke dashboard Sagenda anda, klik pada Item Boleh Ditempah dan pilih “Tambah Item Boleh Ditempah” daripada menu drop down di sebelah kiri untuk mewujudkan perkhidmatan baru yang sedia untuk menerima tempahan atas talian.

  • Nama (Name): letakkan sebuah “Nama” untuk perkhidmatan anda. Ia mungkin berupa jenis bilik atau apartmen yang tersedia untuk disewa, tetapi ia juga mungkin bermaksud sebarang jenis perkhidmatan yang anda tawarkan kepada pelanggan anda.
  • Lokasi (Location) : masukkan tempat di mana pelanggan anda boleh mendapatkan perkhidmatan anda (seperti lokasi bilik persidangan, alamat hotel, dewan konsert, dsb.)
  • Penerangan (Description): jangan lupa untuk memberi maklumat ringkas berkenaan apa yang anda tawarkan serta sekatannya. Contohnya, jika kolam renang luar anda hanya tersedia untuk bulan Mei hingga September, anda mungkin perlu menekankan maklumat tersebut di ruang penerangan. Begitu juga jika rumah tamu anda mempunyai ruang letak kereta atau boleh menerima binatang peliharaan, anda wajar mengetengahkannya. Apa-apa sahaja yang relevan boleh dinyatakan!
adding an element to be booked online