TETAPAN AKAUN DAN INTEGRASI SAGENDA

sagenda free online booking system settings page

Tetapan Akaun

Tetapan Akaun Sagenda anda membolehkan anda menjana kod pengesahan yang memberikan akses sepenuhnya kepada akaun anda daripada perisian atau peranti luaran. Anda sentiasa boleh menjana kod pengesahan baru sekiranya kod yang asal tidak lagi boleh digunakan atas sebarang sebab. Anda juga boleh menyatakan budaya anda yang akan menyesuaikan format tarikh dan wang. Beberapa modul seperti “Color Management” (pengurusan warna), setelah diaktifkan, juga boleh dipamerkan di situ.

Tetapan Pengguna

Ianya memaparkan e-mel yang digunakan untuk mewujudkan akaun Sagenda serta avatar pengguna.

Tukar Kata Laluan

Katakan anda mahu menukar kata laluan anda atas sebarang sebab: masukkan Kata Laluan Lama anda untuk sebab keselamatan, kemudian masukkan Kata Laluan baru yang dipilih, dan hanya sahkan Kata Laluan Baru tersebut. Simpan tetapan, dan siap!

Benamkan (Embed) Sagenda

Salin Kod HTML yang terdapat di dashboard anda untuk membenamkan sistem tempahan Sagenda dalam backend laman web anda. Sila pergi ke tutorial kami dan pelajari bagaimana untuk mengintegrasikan Sagenda ke WordPress, Drupal atau HTML.

Kongsikan Sagenda

Jika anda mahu meluaskan capaian kepada pelanggan anda, hanya salin URL pautan frontend anda, dan kongsikannya dengan mereka secara atas talian!

tetapan pengguna laman web tempahan sagenda

Lebih lagi di dalam video

Tontoni tutorial tentang pendaftaran akaun kami

MASIH ADA SOALAN UNTUK KAMI?

Borang Bantuan Sagenda

Kami akan bersukacita menerima maklum balas anda! Jika anda mempunyai soalan mengenai proses tersebut, cadangan atau sekadar ingin berkata “hai”, kami menunggu untuk berhubung dengan anda! Isikan Borang Bantuan kami dan kami akan menghubungi anda secepat mungkin!