MEMPERKENALKAN SAGENDA

PROmosikan Perniagaan Anda Atas Talian. Tempah seperti seorang PRO.

Adakah laman web anda memerlukan sebuah sistem tempahan yang profesional? Adakah anda amat perlu untuk menambahbaik komunikasi dengan pelanggan serta meningkatkan profil syarikat anda? Jika ya, mengapa tidak memilih penjadual janji temu mesra pengguna yang terbaik!

Sagenda merupakan perisian tempahan atas talian yang boleh anda gunakan untuk tujuan profesional. Penggunaan Sagenda adalah amat mudah dan ringkas untuk anda dan juga pelanggan anda. Daftar akaun di  Sagenda dan akses backend dashboard anda.

Pertama, anda perlu memilih Item Boleh Ditempah anda dan nyatakan jenis perkhidmatan atau perniagaan yang anda boleh tawarkan kepada pelanggan. Pelajari lagi tentang item boleh ditempah atau lihat tutorial langkah demi langkah kami berkenaan bagaimana untuk menetapkan Sagenda untuk Penginapan.

Kemudian, anda perlu menyatakan ketersediaan perkhidmatan anda kepada pelanggan. “Acara” merujuk kepada ruang masa ketika mana item boleh ditempah anda (iaitu perkhidmatan anda) adalah sedia untuk tempahan atas talian. Pelajari lagi tentang menambah acara di Sagenda.

Dashboard Sagenda  anda akan membantu anda mengatur item yang telah ditempah dan tempahan yang sedang dalam proses. Lebih-lebih lagi,  Tetapan akaun  anda turut menyediakan kod HTML yang membolehkan anda  mengintegrasikan Sagenda ke laman web iWeb anda dan mana-mana laman web lain, atau menggunakannya sebagai sebuah plugin Sagenda untuk laman web WordPress.

Proses ini hanya mengambil masa beberapa saat untuk dilaksanakan dan akan membuatkan anda rasa anda sepatutnya berbuat demikian lebih awal!

Pelajari bagaimana untuk mewujudkan sebuah akaun!