Bagaimana Untuk Menambah Sebuah Sistem Tempahan ke Laman Web Wix Saya?

Bolehkah untuk menambah sistem tempahan Sagenda ke sebuah laman web WIX.com? Jawapannya adalah “Ya!” Dan ianya sangat mudah.

Pertama: salin iframe Sagenda anda

1. Buka sebuah akaun percuma di www.sagenda.net

2. Salin kod HTML daripada Dashboard anda (klik butang tersebut atau pilih teks dan salin (copy)).

 

iframe

Kemudian : tampalkannya (paste) ke dalam laman web WIX anda

 

Anda hanya perlu melakukan langkah ini:

3. Daripada sidebar “+ Add”, bahagian “More” (di bawah), sila pilih elemen “HTML Code” ke dalam lokasi yang diingini.

Atau anda boleh juga memilih “Embed a Site” dan tambahkan hanya URL (https://sagenda.net/Frontend/xxx), dan bukan keseluruhan kod iframe. Tetapi jangan letakkan kedua-duanya sekali!

wix.com embed code
wix.com custom HTML iframe

4. Klik pada “Edit custom HTML” dan tampalkan iframe yang telah disalin tadi ke bahagian Custom HTML.

5. Itu sahaja! Hanya pastikan anda simpan perubahan dan terbitkan (publish) laman anda.

 

Buka sebuah akaun percuma SEKARANG!