Bagaimana Untuk Menambah Sebuah Modul Tempahan ke Laman Web Drupal 7 Saya?

Ianya agak mudah…

Sagenda menawarkan penyelesaian terbaik dalam menambah sistem tempahan ke laman web Drupal 7 anda. Terdapat beberapa langkah yang amat mudah untuk diikuti bagi menambahkan sistem tempahan kepada laman web anda yang sedia ada:

  1. Muat turun modul Drupal ke dalam folder laman/semua/modul/ anda.
  2. Pergi ke halaman modul untuk ‘instance’ Drupal anda, dan cari modul dengan nama Sagenda. Tandakan kotak tersebut, dan simpan.
  3. Wujudkan sebuah akaun percuma di https://sagenda.net/Accounts/Register (kemudian pastikan anda menetapkan “Item Boleh Ditempah” dan “Acara”).
  4. Salin kod pengesahan daripada Tetapan/tetapan akaun di backend sagenda.net .
  5. Pergi ke halaman modul di ‘instance’ Drupal anda, dan cari modul dengan nama Sagenda. Di sebelah modul tersebut, anda akan menemui sebuah pautan konfigurasi. Klik pautan tersebut.
  6. Tampal kod pengesahan di dalam borang konfigurasi Sagenda dan simpan.
  7. Jika kod pengesahan tersebut adalah betul, mesej penyambungan sepatutnya memaparkan perkataan CONNECTED (TELAH DISAMBUNG).
  8. Apabila penyambungan telah berjaya, pergi ke halaman ‘block’ di ‘instance’ Drupal anda.
  9. Cari ‘block’ dengan nama Sagenda.
  10. Bolehkan ‘block’ ini di kawasan yang diperlukan, kemudian konfigurasikan supaya ianya boleh dipaparkan di dalam sebuah halaman atau artikel. Selain itu, anda boleh mencari beberapa tutorial terperinci berkenaan cara lain untuk mengintegrasikan sistem tempahan atas talian ke laman web anda dengan menggunakan penyelesaian yang khusus:

Integrasi Apple iWeb

Integrasi WordPress

Integrasi HTML