Perisian Sewaan Peralatan Sukan
Kini, sewakan peralatan sukan anda dengan lebih berkesan
Perisian Perniagaan Sewaan Sukan yang Mudah Digunakan
“Sagenda” menguruskan jadual serta bayaran untuk sewaan sukan anda. Adakah anda menyewakan ski, papan luncur, basikal, bot dan lain-lain? Jika ya, anda perlu mendapatkan Sagenda, sebuah perisian penjadual untuk sukan yang mudah disuaikan sebagai sebuah perisian perniagaan sewaan sukan atas talian. Adakah perniagaan sewaan anda tidak berupaya memenuhi keperluan pelanggan? Inilah masanya untuk membawa peralatan anda ke atas talian jika anda merancang untuk mengekalkan pelaburan anda sepanjang tahun.
Percuma dan Mudah Dipasang pada Laman Web
Perisian sewaan peralatan percuma ini boleh dimasukkan ke dalam laman web perniagaan sewaan alatan sukan anda dengan cepat. Bergantung kepada jaringan perkhidmatan tertentu yang ditawarkan, perniagaan sewaan peralatan biasanya bermusim, menumpukan pelanggan semasa musim panas atau musim sejuk. Daripada menunggu para pelanggan hadir di muka pintu anda untuk menyewa ski, mengapa tidak lakukan persediaan lebih awal di atas talian? Kebanyakan perniagaan memilih untuk mempercayai perisian sewaan peralatan sukan yang dipasangkan di laman web mereka untuk memenuhi keperluan pelanggan. Kebanyakan pemilik peralatan sukan luar membayar kos langganan yang besar untuk mendapatkan perkhidmatan sedemikian. Namun kami berbangga dapat menawarkan solusi atas talian secara percuma seperti Sagenda, perisian sewaan peralatan sukan pilihan, menumpukan kepada perniagaan kecil yang mencari penyelesaian sewaan secara atas talian untuk para pelanggan mereka. Tiada yang rumit, tiada yang berlebihan! Daftarkan sebuah akaun Sagenda dan pasangkan perisian sewaan peralatan anda secara terus di laman web rasmi anda.
Buka sebuah akaun percuma hari ini
Tempah Peralatan Sukan Anda Sekarang dan Bayar Kemudian
Ramai pelanggan memilih untuk menyewa peralatan sukan luar semasa membuat persediaan awal untuk percutian dan membayar ketika tiba, ini adalah sebuah ciri fleksibel dalam banyak model perniagaan. Menepati keperluan pelanggan adalah amat penting bagi memastikan mereka kembali. Anda juga perlu menyediakan khidmat untuk para pelanggan yang mahu membuat pembayaran semasa tempahan, yang mahukan kelancaran semasa bercuti. Membuat pembayaran semasa menyewa di atas talian boleh dilakukan menggunakan Sagenda; anda hanya perlu mengaktifkan pilihan modul PayPal dari Pusat Modul anda. Dengan membayar yuran bulanan atau tahunan, anda dapat membolehkan pembayaran awal untuk sewaan peralatan yang sudah disahkan.
Pilihan Sewaan Peralatan Berulang
Para pelanggan boleh menempah pelbagai jenis peralatan untuk sepanjang musim, untuk beberapa hari, atau pada kadar yang berulang. Sagenda membolehkan anda menetapkan tempahan berkumpulan yang ideal untuk musim sejuk atau musim panas, dan juga tempahan berulang untuk pelanggan yang mahu menyewa peralatan secara berulang pada kadar yang tetap.
Perisian Sewaan Peralatan yang Tersuai
Setelah dikonfigurasikan, perisian sewaan sukan ini membolehkan pelanggan anda memilih peralatan sukan tertentu dan memilih tarikh sewaan. Kemudian, lawati backend Sagenda anda dan jelaskan peralatan yang tersedia (Item Boleh Ditempah) serta ketersediaannya (Corak Acara). Anda boleh berikan sebanyak mungkin penerangan mengenai jenis ski atau basikal yang anda tawarkan serta keadaan-keadaannya. Sebagai sebuah perisian untuk perniagaan sewaan alatan sukan atas talian, Sagenda boleh mengintegrasikan pelbagai jenis peralatan sukan yang tersedia untuk sewaan dengan tarikh-tarikh tertentu ketika mana peralatan tersebut sedia untuk disewa. Anda juga boleh menggunakan Modul Warna untuk membuat penyesuaian khusus pada frontend anda dan menampilkan jenama perniagaan anda. Anda tidak perlu risau mengenai tempahan berlebihan kerana para pelanggan hanya boleh menempah peralatan yang ditandakan sebagai tersedia sahaja.
Cuba sekarang
Komunikasi Pelanggan Ditambah Baik
E-mel persendirian yang automatik akan dihantar pada setiap langkah tempahan, pengesahan, atau pembatalan yang dilakukan melalui perisian penjadual sukan ini. Sagenda bukan hanya sebuah perisian sewaan peralatan biasa: perusahaan-perusahaan sewaan menggunakannya sebagai sebuah alat pengurusan pelanggan dan pengurusan masa yang menambah baik komunikasi dengan pelanggan serta peluang keuntungan dalam jangka masa pendek dan juga panjang. Pertama sekali, ia adalah sebuah perisian sewaan peralatan percuma yang bersedia untuk melonjakkan pulangan pelaburan anda sejak awal lagi. Seterusnya, anda akan mendapati tahap kepuasan pelanggan serta jaringan pelanggan yang semakin berkembang dan lestari untuk jangka masa panjang. Mahukah anda mencubanya? Daftarkan sebuah akaun percuma dan lihat sendiri apa yang boleh Sagenda lakukan untuk perniagaan sewaan anda.
Solusi Pengurusan Masa yang Lengkap
Perisian sewaan peralatan sukan seperti Sagenda telah direka untuk membantu perusahaan sewaan dalam mengurus masa mereka dengan efisien sambil memperhalusi proses tempahan dan pelanggan. Walaupun pemasaran di luar talian juga sama penting dengan pemasaran atas talian, mengapa tidak satukan keduanya untuk melonjakkan lagi perniagaan anda? Tingkatkan kepuasan pelanggan sambil menambah baik perkhidmatan pengurusan pelanggan anda! Dan ingat: jangan lupakan pelanggan anda dan mereka tidak akan melupakan anda!
Gunakan “Sagenda” — sebuah perisian penjadualan sukan dan perisian sewaan peralatan sukan — untuk meraih kelebihan mendahului pesaing anda.