Studio Fotografi
Perisian Tempahan dan Penjadualan Janji Temu
Sagenda ialah sebuah perisian tempahan atas talian yang tepat untuk jurugambar profesional yang mahu menguruskan jadual penggambaran mereka secara atas talian. Sama ada anda seorang jurugambar muda mahupun sudah memiliki studio gambar yang besar sedia untuk ditempah, pengurusan tempahan atas talian adalah sebuah ciri pemasaran penting membolehkan anda menarik dan mengekalkan pelanggan setia. Jurugambar yang bijak mengurus mengetahui cara menggunakan aplikasi terbaharu untuk meminimumkan kerja pengurusan dan menumpukan masa mereka pada penggambaran. Suatu yang jelas, semakin unggul hasil kerja fotografi anda, semakin anda perlu sentiasa bersedia untuk melayan klien. Apabila anda telah memasang Sagenda pada laman web anda, anda hanya perlu memperkenalkan jaringan perkhidmatan anda: penggambaran untuk perkahwinan, pasangan, bayi baru lahir atau fesyen!
Kuasai Segalanya dengan Meningkatkan Produktiviti Studio Anda
Kata mereka, jurugambar terbaik dengan santunnya tidak akan kelihatan dalam gambar. Benar, namun keputusan dibuat seseorang jurugambar itu besar pengaruhnya terhadap kepuasan pelanggan. Oleh itu, perancangan secara atas talian yang tersusun membantu para jurugambar dan juga pelanggan. Maka, adalah penting untuk mengambil sepenuhnya kesempatan yang ditawarkan fleksibiliti digital; memiliki laman web fotografi anda sendiri sahaja tidak cukup jika pelanggan anda perlu menghabiskan masa menunggu di telefon dalam usaha untuk menghubungi anda. Dengan cara memaasang perisian penjadual janji temu pada laman web anda, jurugambar boleh menguruskan ketidak hadiran pelanggan dan membina jaringan pelanggan serta meminimumkan beban kerja pengurusan. Sebagai sebuah perisian tempahan dan penjadual janji temu atas talian, Sagenda membolehkan anda untuk menumpukan sepenuh perhatian anda kepada seni fotografi anda, bermakna lebih pelanggan, lebih produktiviti, dan kurang pembatalan.
Buka sebuah akaun dalam masa 2 minit!
Sekeping Gambar Mencerminkan Sejuta Kata
Reputasi atas talian anda adalah cerminan yang besar bagi perniagaan fotografi anda. Bersaing rapat dengan swafoto amatur, penggambaran profesional menonjol melalui seninya dalam mengabadikan kenangan. Di sebalik fenomena swafoto, ternyata tiada sesiapa yang sanggup menyerahkan penggambaran majlis perkahwinan mereka kepada para amatur yang mungkin akan terlepas detik-detik paling istimewa upacara tersebut. Oleh itu, seorang jurugambar profesional atau pemilik studio fotografi perlu sentiasa menjaga nama baik mereka. Menggunakan perisian penjadual janji temu atas talian membantu anda menguruskan seni gambar anda serta menepati jadual janji temu dengan pelanggan anda. Anda sudahpun melakukan kerja dengan cemerlang, namun ianya masih belum mencukupi! Sebagai seorang jurugambar, anda mestilah merancang ketersediaan anda menggunakan dashboard Sagenda. Apabila anda telah menetapkan jenis janji temu yang tersedia untuk dijadualkan (i.e. majlis perkahwinan, pasangan, bayi baru lahir atau penggambaran fesyen), anda perlulah menetapkan corak acara anda berdasarkan item boleh ditempah. Setiap klien perlulah diuruskan secara perseorangan. Terpulang kepada anda untuk mengkhususkan perkhidmatan anda dan memastikan setiap penggambaran adalah unik. Jangan lupa bahawa reputasi atas talian anda mendahului penggambaran anda, oleh itu, laman web anda mestilah disesuaikan sepenuhnya dengan keperluan pelanggan anda.