Perisian Sewaan untuk Persatuan & Pertubuhan
Sewakan Kepada Ahli Anda & Uruskan Barang-barang Atas Talian
Untuk persatuan-persatuan yang menyewakan alatan atau hartanah kepada ahli mereka, Sagenda adalah sebuah perisian sewaan mesti-milik. Sebaik sahaja diintegrasikan ke laman web anda, Sagenda membantu anda mengurus sewaan alatan dan hartanah di atas talian dengan cara memperhaluskan permintaan sewa dan jadual sewa dengan paling sedikit gangguan manual.
Perisian Sewaan Atas Talian Percuma yang Fleksibel
Perisian sewaan kami adalah sebuah alatan perniagaan yang kecil dan mesra pengguna yang boleh diintegrasikan pada mana-mana laman web. Tidak perlu untuk mereka semula laman web anda bagi memanfaatkan sepenuhnya perisian sewaan kami. Sagenda sangat fleksibel, menawarkan penyesuaian tanpa saingan. Kami faham bahawa setiap persatuan mempunyai budaya yang berbeza dalam menyewakan alatan atau hartanah, maka kami wujudkan sebuah perisian sewaan atas talian yang boleh dikonfigurasikan untuk menepati polisi anda dengan sempurna.
Mudah Diguna dan Dikendalikan
Sagenda direka untuk menepati keperluan pelbagai perniagaan, terutamanya perusahaan kecil atau pertubuhan yang memerlukan perisian mesra pengguna yang berupaya menawarkan perkhidmatan yang unggul. Persatuan atau pertubuhan kecil yang menyewakan tempat penginapan atau alatan bagi kegunaan luar atau dalam bangunan, biasanya memiliki staf yang terhad. Tambahan pula, penggiliran staf mempunyai pengaruh ke atas cara teknologi digunakan dalam persekitaran sedemikian. Oleh itu, adalah amat penting untuk menyediakan sebuah perisian sewaan yang intuitif dan mudah untuk digunakan, membolehkan sewaan yang sedia ada dan sudah disahkan dilihat dengan jelas.
Buka sebuah akaun percuma hari ini
Pengagihan Semula Kos
Hanya satu klik untuk ahli persatuan atau pertubuhan menyewa alatan atau kemudahan. Lebih ramai orang berkemungkinan untuk ke atas talian dan membuat pilihan sewaan mereka berbanding dengan menelefon penyambut tetamu dan menunggu di telefon selama berminit-minit sehingga mereka mendapat pengesahan. Oleh itu, daripada membelanjakan wang yang banyak untuk pusat panggilan atau staf khas, lebih baik anda dapatkan khidmat luar untuk menyewakan di atas talian tanpa sebarang kos. Anda boleh lepaskan staf penyambut tetamu anda dan melabur untuk perkhidmatan atas talian anda yang berkesan.
Sewa Sekarang, Bayar Kemudian
Ramai orang yang cenderung untuk cerewet dalam menyewa peralatan atau kemudahan. Inilah sebabnya pertubuhan atau persatuan anda sangat menumpukan kepada penerangan yang terperinci berkenaan kemudahan, peralatan atau perkhidmatan yang ditawarkan. Lawati backend Sagenda anda dan nyatakan Item Boleh Ditempah dari perniagaan anda, kemudian tandakan ketersediaan item tersebut (corak acara) supaya pelanggan atau ahli anda boleh menyewa jenis alatan yang tepat pada tarikh dan masa yang mereka sukai. Mereka sentiasa boleh memilih kumpulan dan sewaan ulangan. Katakan ahli anda mahu menggunakan sebuah basikal atau peralatan ski sepanjang musim. Mereka boleh berbuat demikian dengan memilih sewaan jenis berulang. Jelas sekali, ada pelanggan yang mahu membayar semasa mereka tiba (dan kebanyakan mereka lebih menyukainya), tetapi sekali sekala anda juga akan bertemu dengan seseorang yang mementingkan kesempurnaan, yang mahu melengkapkan semua persiapan dari awal lagi. Mengapa tidak tawarkan mereka dengan pilihan membayar semasa menyewa di atas talian? Lawati backend Sagenda anda dan aktifkan modul PayPal di Pusat Modul. Dengan membayar yuran bulanan atau tahunan, pelanggan anda boleh memproses pembayaran untuk sewaan yang disahkan.
Cubalah!
Uruskan Sewaan Peralatan Atas Talian, Tingkatkan Produktiviti
Perniagaan-perniagaan dan pertubuhan-pertubuhan telah melaporkan peningkatan produktiviti sebanyak 40% apabila mereka menggunakan penjadual janji temu atas talian. Sebuah perisian sewaan atas talian lebih mudah diuruskan daripada buku log dan hasilnya, produktiviti meningkat. Berhenti menggunakan pen dan kertas atau lembaran lejar yang berkecamuk untuk tujuan pengurusan! Sudah tiba masanya untuk anda memindahkan perniagaan sewaan anda ke atas talian dan menyesuaikannya untuk keperluan pelanggan.
Uruskan Sewa Peralatan Atas Talian dengan Perkhidmatan Tersuai Khusus
Sagenda merupakan salah satu dari beberapa perisian sewaan atas talian yang menawarkan penyesuaian yang meluas, tanpa sebarang kos. Inilah sebuah perisian sewaan atas talian yang menghantar e-mel yang dikhususkan pada setiap langkah dalam proses tersebut: permintaan menyewa, tempahan, pengesahan/pembatalan/penjadualan semula. Proses yang telah diperhalusi ini juga menghilangkan kerumitan yang sering dikaitkan dengan pengurusan alatan sewa secara atas talian.
Perisian Pengurusan Hartanah
Sagenda juga berfungsi sebagai perisian pengurusan harta. Katakan persatuan anda menyewakan bilik-bilik atau ruang untuk tujuan perniagaan. Anda hanya perlu menyatakan jenis hartanah (cth. bilik, ruang pejabat) yang tersedia untuk disewa dan ketersediaannya. Oleh itu, ahli anda boleh mendapatkan rumusan lengkap berkenaan apa yang tersedia untuk disewa dan bila. Mengapa tidak gunakan sumber yang ada dengan sepenuhnya?
Tidak hairanlah perisian sewaan atas talian kami adalah pilihan utama bagi pertubuhan-pertubuhan dan juga ahli-ahli.