Perisian Penjadual Untuk Spa
Mudah disuaikan untuk keperluan spa atau salun anda
“Sagenda” merupakan sebuah perisian penjadual percuma untuk spa yang boleh disuai khususkan untuk untuk semua jenis perkhidmatan yang ditawarkan oleh sesebuah spa atau salun. Spa dan pusat kecantikan sentiasa berusaha mengekalkan pelanggan melalui penyelesaian menggunakan penjadualan secara atas talian yang sesuai. Seseorang pelanggan boleh menempah janji temu untuk khidmat urutan badan pada masa dan tarikh tertentu, dan kemudiannya menempah satu lagi janji temu pada masa lain yang beliau ingini.
Sebuah Perisian Penjadualan Spa yang Padan Sepenuhnya dengan Laman Web Spa Anda
Perisian penjadual untuk spa kami boleh dimasukkan ke dalam sebarang jenis laman web. Ia berfungsi dengan sempurna dengan semua laman web.
Perisian penjadual untuk spa ini boleh ditambahkan ke backend sedia ada laman web tersebut dengan ubahsuai yang mudah pada fungsi sedia ada laman web itu. Tiada rekaan semula atau pelelaran diperlukan.
Perisian Penjadual Spa Atas Talian Percuma
Sistem kami merupakan sebuah penjadual perjumpaan percuma atas talian yang boleh disuaikan sebagai perisian penjadual untuk spa. Sebaik sahaja diintegrasikan ke laman web anda, ia tidak memerlukan sebarang penyelenggaraan, bermakna tiada kos tambahan. Sementara terdapat banyak sistem serupa yang menawarkan perkhidmatan yang sama pada harga langganan yang tinggi, Sagenda adalah sebuah perisian penjadual untuk spa yang percuma untuk kegunaan anda tanpa kos. Anda akan berharap anda telah menggunakannya lebih awal!
Buka sebuah akaun percuma sekarang!
Kembangkan Perniagaan Anda dengan Penjadualan Spa Atas Talian
Pembatalan dan ketidakhadiran memberi kesan besar terhadap industri kecantikan. Jika anda mahu menghentikan kerisauan mengenai kerugian harian, sudah tiba masanya untuk anda mempertimbangkan penggunaan perisian penjadual percuma untuk spa. Sagenda ialah sistem atas talian terbaharu yang sedia untuk meningkatkan prestasi perniagaan, pengurusan pelanggan, melonjakkan pulangan dan menyumbang kepada pemotongan kos sambil mengembangkan jaringan pelanggan anda. Sebuah perisian penjadual spa seperti Sagenda membolehkan anda menggantikan pembatalan dengan janji temu baru, dan memberi ruang kepada pelanggan pada saat-saat akhir. Ia juga membantu pemilik spa mengekalkan pelanggan, malah membangunkan program kesetiaan pelanggan.
Operasi Perniagaan Yang Diperhalusi
Spa dan salun kecantikan bergantung kepada pelanggan harian untuk meraih keuntungan. Penjadualan temujanji secara tradisional kini semakin digantikan dengan perisian komputer. Oleh itu, perniagaan-perniagaan mengikut arus pasaran dan juga pelanggan. Daripada melabur ke dalam solusi yang telah lapuk, mengapa tidak memilih perisian penjadual untuk spa yang serba baru, berupaya mengurangkan kos dan menambah baik pasaran sepanjang tahun? Tinggalkan pusat panggilan khas anda dan usah lagi arahkan penyambut tetamu anda untuk melayani telefon lebih daripada yang perlu. Melaburlah dalam solusi pengurusan masa dan staf penyambut tetamu anda akan berterima kasih serta fokus sepenuhnya pada ketibaan klien. Dengan menggunakan sebuah perisian penjadual spa, anda bukan sahaja membolehkan penjadualan layan diri kepada pelanggan, malah penjadualan semula atau pembatalan secara layan diri. Adalah penting untuk anda tawarkan fleksibiliti dan bolehkan pelanggan anda mengurus jadual mereka sendiri.
Tempah Atas Talian dan Bayar Semasa Tiba
Sebagai seorang pemilik spa, anda mungkin mahu menawarkan ketenangan dan kerehatan minda. Oleh itu, adalah penting untuk menyediakan alatan yang perlu bagi pelanggan anda menempah janji temu atas talian melalui sistem yang mesra pengguna. Setelah anda integrasikan Sagenda ke laman web anda, para pelanggan bebas memilih pelbagai jenis perkhidmatan dan menempah, menjadual semula, atau membatalkan janji temu mereka. Penggemar sesi urutan mungkin mahukan perkhidmatan yang ulangan, dan di sinilah Sagenda menawarkan kelainan. Pelanggan boleh menempah janji temu secara individu atau berkumpulan untuk sesi sekali sahaja ataupun secara berulang-ulang. Kebanyakan mereka memilih untuk menempah dahulu dan membayar kemudian, mungkin kerana pelanggan yang sibuk selalunya perlu menjadual semula janji temu mereka. Sebilangan yang lain lebih suka membayar ketika itu juga dan mengelakkan segala rutin pengurusan semasa mereka hadir ke spa anda. Itu adalah biasa! Sagenda cukup fleksibel untuk menawarkan kedua-dua pilihan. Anda boleh tawarkan servis untuk para pelanggan yang mahu membayar serta-merta, dengan cara mengakses akaun backend Sagenda anda, pergi ke Pusat Modul dan aktifkan Modul Paypal. Sudah tentu, terdapat yuran bulanan atau tahunan untuk perkhidmatan ini, tetapi terpulang kepada anda untuk menggunakannya atau tidak.
Perisian Penjadual Spa yang Sempurna
Sagenda telah berjaya menarik ramai pelanggan baru untuk spa-spa dengan memikat para pelayar laman web mereka untuk membuat tempahan janji temu ketika itu juga, melalui laman web spa tersebut. Dengan perisian penjadual untuk spa yang mesra pengguna ini, pengalaman para pelanggan membuat tempahan menjadi begitu menenangkan seumpama rawatan spa itu sendiri. Tawarkan pelanggan anda dengan khidmat pelanggan yang luar biasa, ketersediaan kalendar pada masa-nyata, dan penjadualan layan diri yang selesa!
Tidak hairanlah perisian penjadualan untuk spa ini dengan pantasnya menjadi alat tempahan janji temu pilihan spa-spa utama di peringkat antarabangsa.