Penjadual Janji Temu Pesakit Atas Talian
Elak kehilangan pesakit. Penjadualan janji temu mudah.
Jika anda seorang pengamal perubatan alternatif, kami syorkan penggunaan Sagenda untuk perniagaan kesihatan anda. Ia sebuah alat penjadual janji temu pesakit atas talian yang memudahkan klien anda menempah janji temu dengan pusat perubatan anda. Mereka hanya perlu log masuk ke laman web anda dan pilih perkhidmatan dan masa pilihan mereka.
Tingkatkan Produktiviti Anda
Perlbagai jenis perniagaan telah melaporkan peningkatan produktiviti sebanyak 40% semasa menggunakan perisian penjadual janji temu atas talian. “Sagenda” adalah antara perisian penjadual janji temu peaskit atas talian yang terbaik bagi pengamal perubatan dan sesuai untuk semua jenis klinik perubatan alternatif.
Sama ada anda seorang ahli fisioterapi, pengamal kiropraktik, perubatan alami atau homeopati, akupuntur atau osteopati, perisian penjadual janji temu pesakit ini boleh diintegrasikan ke laman web anda, membolehkan anda mengurus kemasukan pesakit dengan mudah dan memberikan masa yang cukup untuk memberi rundingan yang berkesan kepada pesakit anda.
Masuklah: ianya percuma
Bolehkan Penjadualan Pesakit Layan Diri
Teknologi telah menjadi sebahagian dari kehidupan seharian, dan industri penjagaan kesihatan juga tidak terkecuali. Berdasarkan sebuah kajian baru-baru ini, penggunaan penjadual janji temu pesakit atas talian dijangka akan meningkat dalam tahun-tahun akan datang. Misalnya di AS, di mana penglibatan pesakit dijangka akan mempengaruhi pasaran perubatan dengan penjadualan layan siri sehingga 66% daripada sistem kesihatan berkemungkinan untuk menerima perisian penjadual janji temu perubatan pada masa hadapan, serta 64% daripadanya dijangka akan menggunakan alat penjadual janji temu perubatan secara atas talian. Hal ini mengunjurkan potensi yang besar sistem digital sedemikian dalam menambah baik industri penjagaan kesihatan. Kini, kira-kira 77% pesakit percaya bahawa amat penting untuk sebuah fasiliti kesihatan untuk menawarkan penyelesaian Penjadualan layan diri secara atas talian. Jadi, mengapa tidak melangkah mendahului pesaing anda dan lakukan perubahan yang ditunggu-tunggu setiap pesakit?
Kurangkan Kos dengan Peruntukkan Semula Sumber
Kerugian sumber dalam perniagaan penjagaan kesihatan amat kritikal dalam penjagaan pesakit. Penggunaan perisian atas talian dalam penjagaan pelanggan adalah salah satu cara terbaik untuk mengurangkan kos dengan menumpukan pada pengurusan yang efisien. Sagenda adalah sebuah perisian penjadual janji temu pesakit atas talian dengan versi percuma yang berfungsi sepenuhnya tanpa had pada jumlah tempahan. Ini membolehkan pengamal perubatan alternatif untuk menguruskan para klien yang bertambah tanpa risau mengenai pertambahan kos. Daripada mengupah sebuah pusat panggilan khas atau staf penyambut tetamu untuk menguruskan penjadualan, mengapa tidak gunakan perisian penjadualan janji temu pesakit atas talian yang percuma seperti Sagenda?
Manjakan Pesakit Anda
Perisian penjadual janji temu pesakit atas talian untuk pengamal perubatan ini menghantar e-mel yang dikhususkan bagi pesakit anda pada setiap langkah tempahan, membuatkan pesakit anda rasa istimewa. Pesakit anda akan berasa bahawa mereka boleh mengawal sendiri janji temu dan masa mereka dengan hanya memilih pengamal perubatan dan klik pada tarikh dan masa yang mereka kehendaki. Anda mungkin juga akan menyedari bahawa penjadualan layan diri hanya memerlukan beberapa saat. Oleh itu, dalam masa para pesakit mula risau tentang mendapatkan giliran di hadapan, mereka sudah pun mendapat e-mel pengesahan mereka. Secara purata, para pesakit menghabiskan sekurang-kurangnya 8 minit menunggu di talian telefon untuk mendapatkan janji temu di sesebuah fasiliti perubatan. Kebanyakan mereka akan berhenti di tengah jalan atau akan perlu menetapkann semula tarikh kemudian. Menunggu di talian telefon semasa cuba untuk menjadual semula atau membatalkan janji temu mungkin menjadi punca ketidakhadiran pesakit yang tidak dapat hadir ke janji temu yang ditetapkan pada mulanya. Mengapa tidak tawarkan mereka dengan kemungkinan untuk menjadual untuk diri mereka sendiri, menyusun semula atau membuat pembatalan secara atas talian tanpa sebarang kos? Kami menjamin bahawa para pesakit akan lebih selesa membatalkan janji temu secara atas talian daripada menghadapi “sila tunggu sebentar” atau “sila tunggu seketika” yang melecehkan.
Mari pergi!
Lindungi Kalendar Anda Dari Tempahan Berlebihan
Inilah sebuah perisian penjadual janji temu pesakit untuk pengamal perubatan yang membolehkan anda mengesahkan atau menolak permohonan janji temu. Penjadualan layan diri di atas talian mengupayakan pesakit dalam menguruskan jadual mereka sendiri sambil menguruskan jadual para doktor dengan konsisten. Pembatalan masa nyata membolehkan para doktor untuk menambah slot masa tambahan dan memasukkan lebih ramai pesakit pada hari yang sama, menjadikannya amat efisien. Pada masa yang sama, para doktor tidak perlu risau mengenai tempahan berlebihan kerana jadual mereka hanya membolehkan sebanyak janji temu yang mungkin. Sagenda menawarkan kemungkinan untuk melonjakkan agenda anda namun mengekalkan sifatnya dan pada kapasitinya yang sebenar. Melebarkan penjadualan juga membolehkan pengamal perubatan untuk membenarkan janji temu pada saat-saat akhir, kerana sememangnya secara umum orang ramai cenderung untuk mendapatkan janji temu perubatan pada saat-saat terakhir. Pastikan mereka tetap gembira dan sihat!
Dan bukan itu sahaja!
Sagenda mempunyai pelbagai lagi ciri lain, menjadikannya perisian penjadual janji temu pesakit atas talian yang ideal untuk [engamal perubatan. Klik di sini untuk mendapatkan Sagenda untuk laman web anda.