Perisian Penjadual Janji Temu Perubatan

untuk Para Doktor, Pengamal Perubatan, dan Klinik

Sagenda adalah sebuah perisian penjadual janji temu perubatan percuma yang membantu para doktor dan klinik-klinik menawarkan solusi tempahan janji temu kepada para pesakit tanpa sebarang kerumitan.

Perisian penjadual janji temu perubatan atas talian ini mesra pengguna di kedua-dua frontend dan backend, bermakna proses tempahan janji temu dan pengurusan jadual dipermudahkan untuk doktor dan juga pesakit.

Penjadual Janji Temu Perubatan Percuma

Penjadualan pesakit yang sempurna merupakan salah satu aspek penting dalam industri perubatan. Keupayaan menguruskan pesakit dengan efisien dan tepat pada masa adalah amat penting untuk kesejahteraan pesakit dan reputasi para doktor, pengamal dan pusat perubatan. Tiada sesiapa yang mahu ke klinik gigi dengan sakit gigi yang teruk dan menghadapi soalan yang pasti, “Adakah anda ada janji temu?” Jelas sekali, penjadual janji temu perubatan atas talian seperti Sagenda telah menjadi sebuah elemen asas dalam penjagaan pesakit setiap hari. Para profesional menggunakannya untuk menguruskan penjadualan pesakit, menambah baik perhubungan pesakit dan staf, rekod perubatan, dan mengurangkan ketidakhadiran.

online booking software reduces waiting time
online booking software reduces waiting time

Penjadual Perubatan yang Mudah Dipasangkan

Sehingga kini, banyak doktor dan klinik-klinik kecil sudah pun mewujudkan laman web rasmi mereka dan pesakit sudah biasa memebuat tempahan mereka sendiri di atas talian. Kini, apa yang perlu anda lakukan ialah daftarkan sebuah akaun Sagenda,dan pasangkan penjadual anda pada laman web anda sendiri. Anda tidak lagi perlu mereka semula laman web anda kerana Sagenda padan dengan mudah dalam sebarang jenis laman web. Dengan konfigurasi yang mudah dan penyesuaian, perisian penjadual janji temu perubatan atas talian ini adalah alatan yang mesti anda miliki untuk menjadual janji temu pesakit.

Perisian Penjadual Janji Temu Perubatan yang Ideal untuk Penjadualan Pesakit Layan Diri

  • Penyesuaian mudah mengikut keperluan anda
  • Antaramuka tempahan mesra pengguna
  • Integrasi laman web tanpa kerumitan
  • E-mel pengesahan untuk ciri peribadi

Penjadualan layan diri pesakit ialah sebuah trend dalam kalangan profesional perubatan yang semakin berkembang kerana pada asasnya para pesakit perlu merasa bahawa mereka juga mengawal masa mereka sendiri. Berdasarkan sebuah kajian terkini, penjadualan layan diri pesakit secara digital dijangka akan melambung naik dalam beberapa tahun akan datang dengan sekurang-kurangnya 66% dari sistem kesihatan bersedia untuk menggunakan penjadualan perubatan secara digital di AS sahaja. Berita ini amat menarik bagi para pembangun perisian penjadual janji temu perubatan seperti Sagenda yang telah sekian lama menjangkakan perkembangan potensi pasaran untuk para profesional perubatan dan juga pesakit. Daripada membiarkan pasakit anda menunggu di telefon selama beberapa minit, mengapa tidak sediakan perniagaan penjagaan kesihatan anda untuk masa depan di hujung jari?

online booking software reduces waiting time
medical online Booking module

Perisian Penjadualan untuk Doktor dan Pengamal Perubatan

Padanan sempurna untuk para doktor, pengamal perubatan, paramedik dan pengamal perubatan alternatif, “Sagenda” adalah sebuah perisian penjadual janji temu perubatan yang boleh ditambahkan ke mana-mana laman web sedia ada. Perisian janji temu doktor ini menawarkan tempahan mudah kepada pesakit di samping meringkaskan janji temu perubatan ke dalam sebuah perisian backend yang mudah digunakan. Pergi ke backend Sagenda anda dan senaraikan ketersediaan anda bagi menguruskan janji temu pesakit anda. Apabila penjadualan pesakit anda mula mengalir masuk, anda akan berupaya untuk menilai semula sama ada anda benar-benar memerlukan seorang penyambut tetamu. Sagenda merupakan sebuah alat pengurusan masa yang unggul dan mengoptimumkan penjadualan pesakit untuk pelbagai pengamal kesihatan.

Masuklah: Ianya percuma

Kurangkan Ketidakhadiran Pesakit

Pernahkah anda meninjau bilik menunggu anda yang tidak berisi dan berasa kekosongan? Mengapa tidak uruskan janji temu pesakit dengan efisien menggunakan penjadual janji temu perubatan atas talian? Sagenda memastikan agenda anda sentiasa penuh dengan tempahan. Pembatalan tetap akan terjadi, namun doktor boleh menggantikannya dengan pesakit yang lain yang boleh memeriksa kesediaan secara masa nyata.

Penjadualan Ulangan Perubatan

Pesakit jarang bertemu doktor semasa janji temu sekali sahaja. Para doktor perlu pastikan penjadual perubatan mereka membolehkan pesakit mendapat perkhidmatan 24 jam atas talian di mana mereka boleh menempah janji temu ulangan pada tarikh tertentu. Inilah yang Sagenda bawa! Sebaik sahaja anda memasangkannya di laman web anda, Sagenda membolehkan pesakit mengakses tempahan, pembatalan, dan penjadualan semula janji temu tanpa had. Pelbagai benda boleh terjadi, jadi mengapa tidak berikan pesakit anda fleksibiliti sepenuhnya dalam menyusun janji temu?

 

Perisian Penjadual Klinikal

Perisian penjadual janji temu perubatan percuma kami boleh juga digunakan oleh klinik-klinik. Sama ada anda menguruskan jadual dalaman untuk pelatih anda serta doktor pelawat, atau menyediakan perkhidmatan tempahan janji temu untuk pesakit, perisian kami adalah alatan yang tepat untuk anda. Sementara Sagenda pada asasnya adalah perisian janji temu perubatan, klinik-klinik juga boleh menggunakannya sebagai alat pengurusan staf membolehkan mereka menyuruskan penggiliran staf dan kesediaan penjagaan pesakit. Intuitif dan mudah dioperasikan, perisian penjadual janji temu perubatan ini memerlukan pengetahuan teknikal yang rendah daripada kedua-dua staf dan pesakit. Ianya membolehkan para doktor untuk memeriksa janji temu sedia ada dan yang lepas, jenis janji temu, serta menambah slot masa baru untuk penjadualan pesakit serta merta.

dr free reservation soft

Buka akaun anda sekarang!

Dengan konfigurasi dan pengkhususan peribadi yang mudah, perisian penjadual janji temu perubatan atas talian ini merupakan sebuah alat mesti milik untuk menjadualkan janji temu pesakit.

Kurangkan beban kerja staf anda dan pastikan klinik anda berjalan lancar dengan perisian penjadual perubatan atas talian yang percuma ini.