Perisian Tempahan Penginapan Atas Talian yang Percuma
Permudahkan tempahan atas talian untuk perniagaan penginapan anda
“Sagenda” adalah sebuah perisian tempahan tempat penginapan yang memudahkan tempahan atas talian untuk perniagaan penginapan. Ia merupakan sebuah perisian yang boleh digunakan secara percuma serta boleh dimasukkan pada laman web sesebuah perniagaan penginapan tanpa sebarang kerumitan.
Perisian tempahan tempat penginapan atas talian ini menawarkan kebebasan memilih tarikh dan membuat tempahan untuk lawatan kepada para pelanggan, memberikan anda suatu kelebihan berbanding para pesaing.
Perisian Tempahan Penginapan yang Mudah Digunakan
Alatan tempahan ini adalah ringkas dan boleh dikonfigurasikan bagi menepati apa yang anda tawarkan dalam tempoh hanya beberapa minit. Anda boleh mengkonfigurasikan perisian tempahan penginapan ini mengikut pelbagai jenis bilik yang disediakan di fasiliti penginapan anda. Para pelanggan boleh memilih tarikh kunjungan mereka dan mendapatkan pengesahan untuk pilihan mereka. Perisian tempahan penginapan yang kecil namun amat berguna ini boleh diintegrasikan ke laman web tempat penginapan anda yang sedia ada. Perisian ini tidak mmerlukan sebarang pengubahsuaian yang besar pada laman anda manakala ia pula boleh dibentuk bagi menepati keperluan anda.
Mudah Dipelajari dan Dioperasikan
Katakan anda menguruskan sebuah tempat penginapan, motel, atau asrama dengan jumlah staf yang terhad atau sifar. Pastinya anda mungkin menguruskan tempahan sendiri, jadi apa yang anda perlukan adalah sebuah perisian tempahan penginapan yang membolehkan anda berbuat demikian. Sertai atas talian dan mula melangkah! Sekiranya anda mempunyai staf untuk menguruskan tempahan dan menyambut tetamu, semestinya anda memerlukan sistem tempahan atas talian yang begitu mudah untuk difahami untuk digunakan oleh mereka yang memiliki kemahiran teknologi yang terhad. Secara umum, sememangnya staf yang digaji di asrama, tempat penginapan dan lokasi seumpamanya selalu bertukar-tukar. Ini bermakna, sebagai pengusaha, anda perlu memilih sebuah perisian tempahan yang mudah dinavigasikan, memberikan penerangan yang jelas dan membolehkan penggunanya melangkah dari permulaan lagi. Inilah yang Sagenda bawa!
Masuklah: ianya percuma
Perisian Tempahan Penginapan yang Percuma untuk Dipasang
Berhenti bergantung pada pen dan kertas atau helaian hamparan yang berkecamuk jika anda mahu membawa perniagaan penginapan anda ke dalam abad ke-21. Sewaan bilik, apartmen, dan hartanah tidak terserah kepada takdir jika anda mahu mendapatkan keuntungan dari perniagaan anda. Penginapan yang habis tersewa adalah kisah kejayaan pemilik-pemilik yang memindahkan perniagaan mereka ke atas talian dan mengambil kesempatan dari segala manfaat yang ditawarkan alatan yang ringkas namun efektif seperti perisian tempahan atas talian. Jelas sekali, terdapat beberapa sistem sedia ada yang boleh anda gunakan. Namun, Sagenda adalah salah satu daripada perisian tempahan penginapan yang berupaya melonjakkan pertumbuhan perniagaan anda, jaringan pelanggan serta menambah baik perhubungan.
Tempah Bilik Atas Talian dan Bayar Semasa Ketibaan
Ramai pelanggan mahu menempah bilik-bilik tertentu untuk tempoh masa tertentu. Sesetengahnya mahu menggunakan penginapan anda secara berulang kali. Mengapa tidak berikan mereka pilihan itu? Sagenda memungkinkan kumpulan-kumpulan besar pelanggan untuk menempah bilik secara atas talian untuk satu atau beberapa tarikh pada kadar yang tetap. Ianya sungguh ringkas dan tanpa komplikasi sehingga anda berharap anda telah memasangnya lebih awal. Para pelanggan dapat menempah bilik mereka dan membayar ketika sampai. Tiada stres, tiada kerumitan! Tentunya, jika perniagaan tempahan anda mahu menawarkan pilihan membuat tempahan dan pembayaran pada masa yang sama atas talian, anda boleh pergi ke Pusat Modul di backend akaun Sagenda anda pada bila-bila masa dan bolehkan pilihan PayPal dengan plan bulanan atau tahunan, namun ia sepenuhnya atas pilihan anda.
Penyesuaian Tanpa Tandingan untuk Pengalaman Pengguna yang Terbaik
Para pelanggan cenderung untuk memilih hotel-hotel kecil atau penginapan bed and breakfast kerana mereka mahu menikmati sebuah suasana yang tersuai khusus dan mesra di tempat anda. Jadi mengapa tidak mula menawarkan pelanggan anda dengan khidmat yang dikhususkan dari awal lagi? Dengan memasangkan Sagenda pada laman web rasmi anda, pemilik hartanah membolehkan para pelanggan mengakses keseluruhan tempat penginapan yang ada tanpa sebarang kos. Para pelanggan boleh memilih bilik mereka daripada Item Boleh Ditempah Sagenda, serta kesediaannya. Para pemilik tidak lagi perlu risau mengenai tempahan melebihi had kerana jumlah tempahan tidak boleh melebihi jumlah bilik yang disenaraikan pada satu-satu tempoh masa. Mulalah menggunakan sebuah sistem tempahan atas talian yang bersedia memotong kos dan melancarkan perniagaan penginapan anda!
Mahu menetapkan Sagenda untuk Penginapan? Jangan lupa untuk membaca tutorial kami!