Perisian Tempahan Sewaan Kereta
Sagenda adalah sebuah perisian tempahan sewaan kereta yang berkembang pantas dengan ciri dan fungsi yang mudah digunakan, menjadikannya sebuah perisian tempahan yang ideal untuk syarikat sewaan kereta. Perisian sewaan kereta ini adalah percuma dan mudah untuk dikonfigurasikan.
Sama ada anda seorang pengusaha kereta sewa atau seorang pelanggan yang sentiasa mengembara dan kerap menggunakan khidmat kereta sewa untuk ke mana-mana, kedua-duanya memiliki keperluan dan jangkaan yang berbeza. Namun, kedua-duanya pada asasnya mencari sebuah alatan atas talian yang kian mudah alih dengan capaian mudah, boleh diharap dan berprestasi tinggi. Anda telah mengusahakan perniagaan kereta sewa sepanjang hidup anda, dan sebelum ini, anda menyangka anda mengetahui segalanya berkenaan perniagaan anda. Jadi, apa yang telah berubah? Sebagai seorang pengusaha kereta sewa, sudah tiba masanya untuk menanyai diri anda beberapa soalan yang jelas dan mudah:
Adakah rangka perniagaan saya berprestasi di atas talian?
Lanskap pasaran sewaan kereta ternyata telah berevolusi dan tidak lagi menguruskan keperluan yang sama seperti semasa bebrapa tahun yang lalu. Perniagaan yang tidak bersama arus pasaran menunggu untuk dilanda kerugian yang besar. Jadi, apakah isunya? Perniagaan sewaan kereta telah berevolusi daripada syarikat yang beroperasi di pejabat tempat para pelangan datang untuk membuat tempahan kereta, kepada perniagaan sewaan kereta atas talian di mana para pelanggan dapat membuat tempahan awal (pre-order) kereta pilihan mereka serta tempoh perkhidmatan yang dikehendaki. Perkembangan mendadak dalam teknologi mudah alih telah menganjakkan para pengguna kepada perniagaan yang menawarkan perkhidmatan tempahan sewa kereta secara atas talian dan mudah alih.
Di mana kedudukan saya berbanding para pesaing?
Melainkan anda sudah sedia beroperasi di atas talian, perniagaan sewaan kereta anda boleh dikatakan tidak memberikan prestasi yang menepati taraf terkini. Anda mungkin memiliki sebuah laman web rasmi di mana para pelanggan anda boleh mendapatkan semua maklumat berkenaan kesediaan kenderaan-kenderaan anda. Namun begitu, apabila anda melirik pada pesaing anda, anda akan menyedari bahawa kebanyakan sewaan kereta mereka diuruskan secara atas talian dan ianya membawa pulangan kepda perniagaan mereka. Jadi, mengapa tidak anda berbuat demikian tanpa sebarang kos?
Apakah itu perisian tempahan kereta sewa?
Walaupun pemaparan tawaran untuk sewaan kereta di laman web anda adalah sesuatu yang bagus dan memudahkan, membolehkan pelanggan anda menempah terus kereta pilihan mereka untuk disewa dalam tempoh perkhidmatan yang dijangka melalui perisian tempahan sewaan kereta yang terdapat di laman web anda adalah sesuatu yang berbeza. Itulah kebolehan Sagenda: memaparkan ketersediaan, membolehkan tempahan dan mengesahkan perkhidmatan.
Mengapa Sagenda berkemungkinan untuk memperkukuh perniagaan saya?
Sagenda adalah perisian percuma tempahan sewa kereta yang terhebat, berupaya menjana pasaran, jaringan pelanggan, dan komunikasi anda di samping meningkatkan keuntungan. Sagenda mencerminkan kesediaan anda sebagai pemilik perniagaan keeta sewa, untuk menganjakkan perniagaan anda ke atas talian dan menambah baik perkhidmatan pelanggan, Menganjakkan perniagaan anda ke atas talian sahaja belum mencukupi. Anda seharusnya berupaya menawarkan pelanggan anda dengan perkhidmatan yang sama hebatnya berbanding para pesaing anda.
Masuklah: ianya percuma!
Apakah kelebihan menggunakan perisian sewaan kereta?
Perisian Tempahan Sewaan Kereta yang Padan Dengan Laman Web anda
“Sagenda” berfungsi dengan semua CMS utama (terutamanya WordPress) dan editor laman web, padan dengan sempurna dalam laman web perniagaan anda. Sama ada anda menawarkan kereta untuk disewa, atau sebarang jenis perkhidmatan sewaan lain, ianya boleh dikonfigurasikan untuk menonjolkan perkhidmatan anda serta tempahan boleh dibuat secara terus dari laman web anda. Mengapa tunggu lebih lama apabila anda boleh memberikan perniagaan anda sebuah lonjakan mengatasi para pesaing?
Perisian Tempahan Sewaan Kereta yang Menawarkan Ketersuaian yang Hebat
Ciri utama perisian tempahan sewa kereta ini boleh disuaikan secara khusus untuk menepati keperluan laman web perniagaan anda. Kumpulan pembangun perisian kami sentiasa membuat penilaian keperluan pelanggan untuk menyediakan sebuah perisian tempahan yang tepat untuk perniagaan sewaan kereta yang tertentu.
Perisian Tempahan Sewaan Kereta mengandungi Modul Paypal
Semasa menggunakan Sagenda sebagai sebuah perisian tempahan yang bebas kos, anda mungkin mahu membawa perniagaan anda selangkah lagi ke hadapan. Jika anda mahu memberikan pelanggan anda peluang untuk menempah dan membayar terlebih dahulu untuk perkhidmatan sewa kereta mereka, anda boleh melakukannya dengan hanya mengaktifkan modul PayPal kami (dengan caj secara bulanan atau tahunan), itu sahaja.
Memiliki berbagai-bagai jenis kereta untuk disewa?
Jangan risau! “Sagenda” boleh dikonfigurasikan untuk pelbagai perkhidmatan tempahan mengikut setiap jenis kereta. Ini dapat memastikan pelanggan anda dihalakan kepada kereta pilihan mereka. Kita semua sedia maklum mengenai pentingnya memastikan kepuasan pelanggan. Dengan menggunakan Sagenda, anda pastinya akan dapat memperkemas proses tempahan serta mensuai khususkan pengalaman pengguna. Apa lagi yang kurang padanya?
Terlalu banyak permohonan tempahan sehingga tidak terurus?
Usah khuatir! “Sagenda” mengetahui dengan tepat berapa banyak kenderaan yang masih tersedia untuk masa yang diminta.
Perisian Tempahan Sewaan Kereta dengan Ciri Tanpa Saingan
Kereta anda boleh ditempah melalui laman web anda! Mahu melonjakkan perniagaan sewa kereta anda tanpa sebarang kos? Mula lah menggunakan Sagenda untuk meluaskan jaringan pelanggan anda, memperkemaskan proses tempahan dan menawarkan pengalaman membuat tempahan yang tersuai khusus.